Beli PS5 Hari Ini Di Shopee, Kuantiti Terhad

Jika sebelum ini masih ada yang belum berkesempatan untuk memiliki konsol permainan popular Sony PlayStation 5 atau PS5, mungkin ini adalah peluang terbaik untuk anda mendapatkannya.

Bermula 12.00 tengah hari ini, anda boleh membuat pembelian Sony PS5 melalui kedai rasmi Sony Brand Store di Shopee.

PS5 Shopee Malaysia

Sama seperti harga yang ditawarkan sebelum ini, PS5 Digital Edition dijual pada harga RM1869. Sementara itu, versi Ultra HD Blu-Ray berharga RM2299.

Memandangkan kuantiti juga adalah terhad, adalah disarankan untuk menambahnya ke bakul pembelian terlebih dahulu. Pembelian boleh dilakukan bermula 3 Mac 2021, pada jam 12.00 tengah hari melalui Shopee.