Beli Peranti Xiaomi Lebih Mudah Dengan Mesin Layan Diri Mi Express Kiosks

Xiaomi merancang untuk mengembangkan cara perniagaan mereka dengan meletak mesin layan diri bagi menjual peranti-peranti mereka yang diberi nama Mi Express Kiosks di India. Melaluinya, pelanggan dapat membeli secara langsung tanpa perlu kehadiran penjual secara fizikal.

Mi Express Kiosk ini akan diletakkan di kawasan umum yang menjadi tumpuan ramai seperti di taman teknologi, stesen metro, lapangan terbang dan pusat beli-belah.



Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit, kad debit, wang tunai dan UPI atau Unified Payment Interface.

Syarikat itu merancang untuk menyediakan mesin-mesin layan diri tersebut pada bulan akan datang dan mengembangkannya lagi ke semua bandar di seluruh negara.

Pengenalan Mi Express ini adalah satu perubahan dari syarikat itu dengan tidak menggunakan orang tengah dan menjual produk mereka secara terus kepada pembeli.

Objektif Xiaomi adalah menggunakan perbelanjaan mereka secara efektif dan penggunaan mesin ini, mereka tidak perlu lagi jurujual atau staf, kerana pelanggan tahu cara menggunakan mesin itu.

Ini adalah permulaan rancangan oleh Xiaomi yang menjadikan India negara pertama dalam sasaran meletakkan mesin-mesin layan diri ini.

https://twitter.com/manukumarjain/status/1127827673189720064

Petikan dari Twitter yang dikongsi oleh pengarah urusan bagi Xiaomi di India, menunjukkan mesin layan diri Mi Express dipasang dan di isi dengan bank kuasa, pengecas, fon telinga, besi tripod swafoto, pembesar suara bluetooth dan peranti dari Xiaomi seperti model POCO, Redmi dan yang lain. Turut hadir sama adalah orang penting Xiaomi, Lin Bin dan Lei Jun.

Sumber: GSM Arena, Giz China