Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lazat Bazar Wide

Beli Makanan Bazar Ramadan Dari Lazada

Diterbitkan April 12, 2021 oleh Amsyar Latif

Bulan puasa tahun ini lebih menarik berbanding tahun lalu kerana bazar ramadan sudah kembali untuk rakyat Malaysia. Walaupun begitu, pematuhan SOP masih lagi diperlukan sekiranya anda mahu mengunjungi bazar ramadan.

Namun, bersempena ini juga, Lazada mengumumkan Lazat Bazar yang mana anda boleh membeli juadah berbuka menerusi pembelian secara dalam talian di aplikasi Lazada.

Selain itu, anda boleh membuat pesanan makanan tradisional mahupun kuih muih menerusi Lazada dan penghantaran akan dilakukan pada hari yang sama pada jam 7 malam.

lazat bazar

Akan tetapi, anda harus menempah makanan tersebut sebelum jam 4 petang dan sekiranya makanan ditempah selepas waktu itu, ia akan disediakan dan dihantar pada keesokan harinya.

Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya terhad untuk pengguna di Shah Alam, Subang Jaya dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) sahaja.

Jika anda berminat, Lazat Bazar akan tersedia bermula esok, 13 April sehingga 13 Mei 2021.

Sumber: Lazada via Malaysia Kini

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY