Pemebelian secara pra-tempah sudahpun tamat semalam dan hari ini, jualan HONOR 9X bermula secara rasmi dalam talian pada platform hihonor, Lazada dan Shopee. HONOR 9X juga boleh didapati di kedai seluruh negara bermula 29 November 2019 di HONOR Experience Stores.
HONOR 9X didatangkan dengan dua warna iaitu Sapphire Blue dan Midnight Black yang bernilai RM 999 bersama tawaran istimewa dan hadiah yang menarik pada setiap pembelian.
Bagi memberi peluang pengguna menaik taraf model lama kepada HONOR 9X, HONOR Malaysia akan mengadakan program Trade In & Save melibatkan beberapa peranti terpilih. Ia akan dilangsungkan pada esok, 29 November 2019 sehingga 5 Januari 2019 bertempat di HONOR Experience Stores.
Melalui program ini, telefon pintar lama akan dibahagikan kepada gred yang berbeza iaitu S, A, B, C, dan D, dimana setiap gred itu mempunyai nilai penjimatan yang berlainan.
Antara model yang terpilih dalam program Trade In & Save ini adalah siri HONOR nombor (contoh HONOR 8), siri X, siri C dan banyak lagi.
Berkaitan
- Oppo Tubuhkan Pusat Hub Asia Pasifik Di Malaysia
- Beberapa Restoran Di Malaysia Terima 'Panda Champ Awards' Dari Foodpanda
- Vivo Malaysia Umumkan Vivo Y15 2020 Dengan Harga RM 599
- HUAWEI MateBook D 15 Habis Dijual Pada Hari Pertama Jualan Di Malaysia
- Canon EOS-1D X Mark lll Akan Dijual Di Malaysia Bulan Februari Ini
- Dapatkan Tawaran Hebat Dari Vivo Malaysia Bersama Urban Republic
- Boost Tawar Insurans Perlindungan Covid-19 Secara Percuma Kepada Rakyat Malaysia
- HONOR Tawar Jualan Serendah RM 48 Sempena HONOR Fansgiving
- HONOR Raikan Ulang Tahun Lazada Dengan Tawaran Istimewa Pada 27 Mac Ini
- Realme dan Mobile2Go Terima 'Malaysia Book of Records', Pokok Krismas Telefon Pintar Tertinggi Di Malaysia