Beli Belah di Amazon Kini Lebih Mudah Dengan Amazon Shopping App

Membeli-belah di Amazon kini menjadi jauh lebih mudah dengan menggunakan aplikasi Amazon Shopping. Ini kerana pihak Amazon telah pun menyediakan satu perkhidmatan baharu yang dikenali sebagai The International Shopping.

Servis ini akan memberitahu pengguna berkenaan nilai tukaran mata wang secara automatik pada setiap produk jualan atas talian mereka. Pada masa ini, terdapat 25 jenis mata wang yang boleh menggunakan servis terbaru Amazon ini dan mata wang negara kita, Ringgit Malaysia turut tersenarai.

 



Melalui servis ini juga, sebarang produk yang tidak dapat dihantar ke lokasi anda tidak akan dipaparkan semasa anda dalam proses memilih barangan yang mahu dibeli. Ini bagi mengelakkan anda daripada kecewa apabila sudah memasukkan barangan ke dalam cart dan kemudian baru mengetahui bahawa barang tersebut tidak dapat di hantar kepada anda.



Amazon juga akan memberitahu dengan jelas berkenaan berapa jumlah bayaran yang perlu dibayar termasuk semua kos seperti kos penghantaran dan sebagainya. Aplikasi Amazon ini boleh didapati di Google Playstore dan juga Apple App store.

Sumber