Beli Aksesori Ini Jika Tidak Mahu AirPod Anda Hilang.







Ramai diantara
kita mempertikaikan tentang fon telinga terbaharu keluaran Apple. Ada yang
mengatakan ia seperti berus gigi elektronik, ada yang khuatir ia mudah hilang.
Apa yang paling tidak masuk akal adalah harga fon telinga tersebut. Dan sudah
pastinya pengeluar-pengeluar aksesori berlumba-lumba mencari penyelesaian untuk
masalah ini.




Spigen, syarikat
pengeluar aksesori Amerika Syarikat telah menemukan cara untuk memastikan
AirPod anda sentiasa bersambung antara satu sama lain. NeckPod, aksesori yang
diperbuat daripada getah TPE yang direka untuk disangkut dibelakang leher anda.
Dihujung NeckPod mempunyai penyambung berbentuk bulat yang akan digunakan untuk
melekat AirPod anda. Selepas ini anda tidak perlu risau lagi kerana AirPod anda
sentiasa bersambung dan anda tidak akan berasa rimas seperti dahulu. Ia bakal
dijual dengan harga $10 jauh lebih murah jika dibandingkan dengan apa yang anda
perlu bayar jika AirPod anda hilang.















Sumber: The Verge

Berkaitan