Beli Ais Krim Cornetto Dan Dapatkan Sim Kad tapp Secara Percuma

Digi pertama kali menawarkan perkhidmatan telco dalam aplikasi, tapp, pada awal Januari yang lalu.

Pengguna tapp diberi ruang untuk mengubahsuai pelan dalam masa nyata menerusi fungsi slider di dalam aplikasi untuk tujuan tetapan kuota dan suara.

Turut menjalinkan kerjasama bersama tapp adalah Cornetto, dimana mereka memberikan kejutan “manis” buat pelanggan.

Kejutan itu berupa promosi pemberian sim kad tapp secara percuma jika anda membeli ais krim Cornetto dari mana-mana kedai serbaneka 7-Eleven diseluruh negara.

Promosi beli ais krim Cornetto percuma sim kad tapp ini bakal berakhir pada 26 November ini.

Selain itu, tapp turut menyatakan setiap pengguna sim kad mereka akan berpeluang menerima ganjaran melalui aplikasi sekiranya membeli lebih banyak ais krim Cornetto.

Caranya adalah setiap kali membeli Cornetto, pengguna perlu meminta kod QR dari kaunter pembayaran dan imbas kod tersebut dibahagian Ganjaran di dalam aplikasi.

  • 3 pembelian = kredit RM10
  • 8 pembelian = kredit RM15

Perlu diingat, ganjaran ini boleh ditebus hanya sekali sahaja untuk setiap pelanggan dan promosi ini pula akan berjalan pada 27 November 2018 – 24 Disember 2018.

Berminat? Beli ais krim Cornetto sekarang dan dapatkan sim kad tapp secara percuma. Stok adalah terhad.

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408