Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Virus Outbreak Malaysia

Bekas Pesakit COVID-19 Mungkin Akan Alami 5 Simtom Pasca COVID

Diterbitkan Jun 11, 2021 ยท Dikemas kini Jun 11, 2021 oleh ariff bukhari

Menerusi kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa bekas pesakit COVID-19 akan mengalami beberapa simtom pasca COVID.

Keadaan itu dikenali sebagai Sindrom Post COVID.

KKM menjelaskan, sindrom itu merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih.

Gejala-gejala itu pula sehingga kini tidak dapat dijelaskan lagi. Tetapi ia berpunca daripada komplikasi jangkitan virus itu ke atas fungsi organ-organ seseorang pesakit.

Hasil kajian oleh KKM dengan melibatkan seramai 1,004 pesakit COVID-19 dari kategori 4 dan 5 mendapati, 66% pesakit tersebut yang menerima rawatan susulan akan mengalami Sindrom Post COVID dengan menunjukkan 5 simtom yang kerap dialami mereka iaitu kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk dan kegelisahan.

Sehubungan itu, KKM menasihatkan kepada bekas pesakit COVID-19 yang mengalami sindrom atau gejala supaya segera mendapatkan rawatan bagi mengelakkan komplikasi jangka panjang.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY