Bekas Pemain WG Unity Ah Fu Layak Ke EPICENTER 2017 Bersama LFY

Dilepaskan oleh WG Unity seminggu lepas, Tue Soon 'Ah Fu' Chuan sekarang berada dalam status percubaan bersama LGD Forever Young dan sudah mendapat keputusan memberangsangkan untuk pasukan China itu.

Selepas tempoh Kiev Major shuffle diumumkan oleh Valve, LGD merupakan pasukan China pertama yang membuang semua pemain mereka.

LGD Gaming dan LGD Forever Young telah menetapkan semula roster mereka pada 5 May dan mula membina roster mereka untuk The International 7.

LFY mengumumkan kemasukan He 'Inflame' Yongzheng dan pada masa yang sama Ah Fu dari Malaysia.

Walau bagaimanapun, Ah Fu menyertai mereka sebagai pemain percubaan.

Sumber