Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bekas Jurutera Facebook Cipta Fabric – Aplikasi Jurnal Peribadi Automatik

Bekas Jurutera Facebook Cipta Fabric – Aplikasi Jurnal Peribadi Automatik

Diterbitkan Ogos 11, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh salor30
Bekas Jurutera Facebook Cipta Fabric – Aplikasi Jurnal Peribadi Automatik

12 Ogos – Seorang bekas jurutera Facebook mencipta aplikasi Fabric, sebuah aplikasi yang didedikasikan untuk merekod memori, aktiviti, video dan gambar, secara automatik untuk menjadi jurnal peribadi pengguna.

Fabric dibangunkan hasil kerjasama Arun Vijayvergiya dan Nikolay Valchavoc; yang kedua-duanya adalah bekas jurutera media sosial gergasi Facebook selama beberapa tahun.

Selepas meninggalkan Facebook, kedua-dua mereka bekerjasama dalam menghasilkan beberapa aplikasi termasuk Fabric.

Arun berkata, projek Fabric terinspirasi apabila dia menerima sebuah buku mengenai ayahnya. Buku itu dipenuhi dengan memori ayah Arun bersama-sama dengan rakan-rakannya. Buku itu mengandungi pelbagai butiran termasuk dimana, siapa dan bila ia direkodkan.

“Bila saya meninggalkan dunia ini, saya mahu meninggalkan satu kisah yang menceritakan kisah hidup saya – bukan untuk semua orang, tetapi untuk orang yang merasa ia penting”, kata Arun.

Fabric berfungsi dengan mengambil gambar dari pelbagai sumber termasuk Facebook, Instagram dan kamera, kemudian memadankan mereka di peta. Fabric kemudian menghasilkan garis masa dengan data yang diperoleh itu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY