Zotac VR GO ini memberi dua ciri yang berbeza dalam satu rekaan. Yan pertama ianya sangat mudah uintuk dibawa kemana-mana dan yang kedua, ianya mempunyai sokongan VR. VR GO ini dibina dengan pemproses Intel Core i7 dan juga diisi dengan kad grafik GTX 1070 yang mempunyai kuasa yang sangat hebat. Untuk merendahkan suhu GPU dan CPU, Zotac VR GO juga didatangkan dengan sistem penyejukan udara tersendiri.
Dalam usaha untuk memberikan penyambungan yang mudah dan lancar, ianya dibekalkan dengan port USB 3.0, HDMI output dan juga penyambungan kuasa yang dibina pada bahagian yang sama. Selain daripada itu, Zotac VR Go juga tampil dengan bateri mudah alih. Namun Zotac sendiri tidak mengeluarkan informasi tentang kapasiti bateri VR GO mereka secara terperinci. VR GO juga mempunyai slot SSD atau HDD untuk memberi peluang kepada pengguna menambah kapasiti storan.
Pengguna juga boleh transformasikan VR GO mini PC ini kepada PC desktop dengan hanya membuang tali galas. Harga peranti ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh Zotac, dan ianya dijangka akan mengumumkan pelancaran rasmi pada penghujung tahun ini.
Sama-sama kita nantikan.
Berkaitan
- Bagaimana Untuk Hilangkan Gelembung Pada Pelindung Skrin
- Ulasan iPhone 11 Daripada Seorang Bekas Xiaomi-fag
- Amazfit X Dengan Skrin HD Melengkung Hadir Pada Tahun 2020
- OnePlus Bullets - Fon Telinga Kalis Air Dengan Pengecasan Pantas Dilancarkan
- Digi Pula Ditimpa Masalah, Dijangka Pulih Dalam Tempoh Beberapa Jam
- Samsung Bakal Memperkenalkan Peranti Boleh Lipat Mereka Pada Acara "Unpacked" Nanti
- Netflix Kini Boleh Dilanggan Dengan Harga RM17 Sebulan
- Oppo R17 Pro, Peranti Yang Memukau!
- Spesifikasi Penuh Honor 10 Kini Didedahkan Secara Rasmi Selepas Pelancaran
- Facebook Mahu Buka Hab Inovasi Di China