Beg Galas Zotac VR GO Dibina Dengan Nvidia GeForce GTX 1070 GPU

Kali ini kita akan lihat satu produk yang sangat unik pada ketika ini. Sebuah syarikat yang bernama Zotac telah mengumumkan sebuah mini PC yang diberi nama VR GO. Ianya memiliki tali galas dan kelihatan seakan-akan beg galas. Namun, anda jangan terperdaya dengan rupa PC beg galas ini. Mini PC ini dibina dengan spesifikasi hardware yang sangat tinggi. Malah ianya juga mampu menyokong kandungan dan perisian VR. Jadi, pengguna berupaya untuk memainkan permainan VR dengan pergerakan yang bebas. Pengguna hanya perlu memakai VR headset dan menggunakan alat kawalan VR sambil menggalas Zotac VR GO. Mudah bukan?

Zotac VR GO ini memberi dua ciri yang berbeza dalam satu rekaan. Yan pertama ianya sangat mudah uintuk dibawa kemana-mana dan yang kedua, ianya mempunyai sokongan VR. VR GO ini dibina dengan pemproses Intel Core i7 dan juga diisi dengan kad grafik GTX 1070 yang mempunyai kuasa yang sangat hebat. Untuk merendahkan suhu GPU dan CPU, Zotac VR GO juga didatangkan dengan sistem penyejukan udara tersendiri.

zotac_vr_go_backpack_back_1478522457554

Dalam usaha untuk memberikan penyambungan yang mudah dan lancar, ianya dibekalkan dengan port USB 3.0, HDMI output dan juga penyambungan kuasa yang dibina pada bahagian yang sama. Selain daripada itu, Zotac VR Go juga tampil dengan bateri mudah alih. Namun Zotac sendiri tidak mengeluarkan informasi tentang kapasiti bateri VR GO mereka secara terperinci. VR GO juga mempunyai slot SSD atau HDD untuk memberi peluang kepada pengguna menambah kapasiti storan.

Pengguna juga boleh transformasikan VR GO mini PC ini kepada PC desktop dengan hanya membuang tali galas. Harga peranti ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh Zotac, dan ianya dijangka akan mengumumkan pelancaran rasmi pada penghujung tahun ini.

Sama-sama kita nantikan.