Beg Berteknologi Tinggi Ini Mampu Membersihkah Pakaian Yang Busuk Menjadi Wangi

Selepas pulang bersenam dari gim, kita membawa pulang otot yang kuat serta bau badan yang "kuat".

Dengan terciptanya beg berteknologi tinggi yang dinamakan Paqsule, tiada lagi alasan baju kepam selepas pulang dari gim.

Paqsule merupakan sebuah beg yang mampu membersihkan pakaian yang diletakkan didalamnya.

Dengan hanya satu butang, pakaian sukan anda boleh kembali segar dan tidak berbau.

Beg pintar ini dilengkapi dengan sistem yang direka khas dikenali sebagai PaqTech System. Ia merupakan sistem yang akan menggunakan:

  • ultra-violet (UV), dan

  • O3 (Oksigen yang diaktifkan)


3c8175698495bc54152e1a660be8df0f_original

untuk menghilangkan bau busuk dan membersihkan kandungan beg. Terdapat 3 pilihan masa pembersihan: 15 minit, 25 minit, 35 minit.

Selain itu, beg ini juga boleh digunakan untuk mengecas peranti anda seperti tablet atau telefon.

ce2750c20fe881ddd285d34c95e891a6_original (1)

Ciri-ciri yang terdapat pada Paqsule:

  • Tempat menyimpan kasut

  • 9 ruang letak dan poket

  • Ruang simpan laptop

  • Pemegang aluminium

  • Port pengecas USB

  • Fabri kalis air

  • Bersaiz 22 x 12 x 10


91f800f81ce56fc2f85ae1e74af57b4a_original

Aplikasi Android serta iOS turut dibangunkan untuk memudahkan notifikasi dihantar setelah proses pembersihan selesai.

Walaubagaimanapun, beg ini tidak mampu menghilangkan kotoran kerana ia terhad kepada menghapuskan bau dan bakteria.

Jadi anda masih perlu membasuh menggunakan mesin basuh untuk, kebersihan yang sempurna.

Sumber: Kickstater

Berkaitan