Beberapa Tawaran Menarik Pada Acara 11.11 Lazada Dan Shopee

Tarikh 11.11 merupakan tarikh keramat bagi  dua laman e-dagang terkenal Lazada dan Shopee. Ia merupakan tarikh untuk acara jualan terbesar tahunan bagi kedua-dua syarikat berkenaan. Kedua-dua syarikat ini telah mencatatkan perolehan yang besar pada tahun lalu bersempena dengan acara beli-belah terbesar mereka iaitu Lazada 11.11 Shopping Festival manakala Shopee dengan Shopee 11.11 Big Sale. Acara ini diadakan pada setiap tahun dan pada tahun ini ia dijangka bakal mendapat sambutan yang lebih hangat dari para pengguna.



Kali ini, pelbagai promosi menarik yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat ini antaranya ialah peralatan elektronik, perkakasan rumah, gajet, dan pelbagai lagi. Pihak Lazada dilihat sekali lagi memperkenalkan promosi “Chup Dulu 11.11” dan dilihat pelbagai barangan ditawarkan pada harga yang rendah.

Bermula pada 28 Oktober sehingga 10 November ini, para pengguna perlu memilih terlebih dahulu barangan yang hendak dibeli dan seterusnya membuat pra-tempahan dengan membayar deposit terlebih dahulu. Pada 11.11.2019, para pengguna yang membuat pra-tempahan boleh membuat bayaran penuh barangan yang ingin dibeli dan barangan tersebut akan mula dihantar kepada anda.



Antara tawaran menarik di dalam Lazada “Chup Dulu 11.11” kali ini ialah sebuah 4K Android TV keluaran Coacoa yang berharga RM 2,999 dan ditawarkan pada harga RM 1,699 bersempena dengan 11.11. Namun dengan promosi “Chup Dulu 11.11” berlaku penurunan harga sebanyak RM 70 di mana TV berkenaan dijual pada harga RM 1,629.



Seterusnya, berlaku penurunan harga bagi Samsung S10 Pada promosi “Chup Dulu” di mana pengguna boleh merasai penjimatan RM 1050  kerana ditawarkan pada harga RM 2,649 berbanding harga asal iaitu RM 3,699.



Iphone XR juga menerima penurunanharga sebanyak RM 400 dari RM 2,899 ke RM 2,499.

Selain dari promosi “Chup Dulu 11.11” terdapat juga tawaran menarik dalam Lazada 11.11 Shopping Festival, antaranya ialah:



Xiaomi Redmi Airdots juga menerima pengurangan harga yang banyak dari harga asal RM 109 ke RM 69.



Ipad Pro 2016 10.5 inch juga menerima penawaran harga dari RM 4,099 ke RM 2,899.



Manakala Shopee juga turut menawarkan pelbagai tawaran yang menarik. Dengan meletakkan bintang Juventus iaitu Cristiano Ronaldo, Shopee dilihat mendapat perhatian dari pengguna seluruh dunia. Pelbagai barangan yang mendapat penurunan harga bersempena 11.11 big Sale ini antaranya:



GJI Osmo Pocket mendapat pengurangan harga sebanyak RM 500 dari RM 1,949 ke RM 1,449.



Sharp 4K UHDR TV turu sebanyak 63% dari RM 2,999 ke RM 1,112.90.



Realme 3 mendapat pengurangn harga sebanyak 14%.



Oppo official Store juga turut membuat tawaran yang menarik antaranya Oppo F11 Pro yang kini boleh didapati pada harga RM899, Oppo A7 pula boleh didapati pada harga RM599.



Vivo Official Store juga turut membuat pelbagai tawaran menarik antara yang paling menarik ialah Vivo V15 mendapat diskaun sebanyak 29% dari RM 1,399 ke RM 999.

 

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di dua laman ini dan pelbagai barangan lagi mendapat penawaran harga yang menarik yang tidak sempat untuk kami tunjukkan.

Segala pembelian tertakluk terma dan syarat dan untuk maklumat lanjut sila layari LazadaMy dan ShopeeMy.