Beberapa Spesifikasi Sony Xperia XZ4 Terdedah - Kamera 52MP, Bateri Berkapasiti Besar

Sony dijangka akan bergantung harap kepada model Xperia XZ4 untuk terus bersaing dalam industri telefon pintar tahun ini.

Oleh itu, tidak pelik sekiranya Sony membekalkan peranti tersebut dengan spesifikasi dan ciri-ciri yang mantap.

Antara yang diramal mampu menarik minat pengguna ialah penggunaan kamera dengan sensor utama 52MP f/1.6 serta bateri berkapasiti besar, 4400mAh.

Kapsyen: Sumanhoinfo


Selain sensor berkenaan, sistem fotografi peranti ini juga didakwa akan disokong oleh lensa telefoto 16MP f/2.6 dan sebuah lensa ToF(Time of Flight).
Baca juga: Sony Xperia XZ4 Semakin Hampir Diperkenalkan

Spesifikasi diatas menyusul selepas beberapa maklumat mengenai peranti ini tertiris sebelum ini. Berikut adalah perkara-perkara lain yang dikatakan akan melengkapi Sony Xperia XZ4 nanti:

  • Cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 855

  • Skrin OLED QHD+ bersaiz 6.5-inci

  • 6GB RAM/ 128 GB simpanan dalaman

  • Sokongan mikroSD sehingga 512GB

  • Android 9 Pie

  • Corning Gorilla Glass 5

  • Pensijilan IP68

  • Nisbah aspek 21:9


Sony dilaporkan bakal memperkenalkan Xperia XZ4 pada acara MWC 2019 hujung bulan ini.

Sekiranya laporan ini benar, sememangnya peranti ini akan muncul sebagai antara pesaing utama bagi telefon pintar terbaik untuk tahun ini.

 

Sumber: Sumaho