Beberapa Saintis Di Stesen Janakuasa Nuklear Rusia Ditahan Kerana Menjalankan Aktiviti Perlombongan Bitcoin

Tertuduh menggunakan komputer paling berkuasa di Rusia bagi perlombongan Bitcoin.


Beberapa saintis lelaki yang bekerja disalah sebuah stesen janakuasa nuklear di Rusia telah ditahan kerana cuba menggunakan komputer paling berkuasa di Rusia itu bagi menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin.

Super komputer di pusat stesen janakuasa nuklear tersebut sepatutnya tidak dibenarkan dari disambungkan kepada akses internet bagi mengelakkan berlakunya sebarang pencerobohan oleh pihak luar.

Maka apabila suspek cuba menyambungkan super komputer pusat janakuasa di Sarov, yang terletak di barat Rusia itu ke internet bagi menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin, secara automatik pihak keselamatan stesen nuklear dapat mengesan tindakan salah tersebut.

Tertuduh telah berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak Servis Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) bagi tindakan lanjut. Suspek merupakan saintis di stesen janakuasa tersebut dan terlibat dalam projek pembangunan peluru berpandu nuklear Rusia.

Sumber: BBC

Berkaitan