Beberapa Restoran Di Malaysia Terima 'Panda Champ Awards' Dari Foodpanda

Pada permulaan tahun baru ini, syarikat penghantaran makanan foodpanda memulakan dengan Panda Champ Awards. Anugerah ini adalah sebagai penghargaan kepada kedai-kedai atau restoran yang terbaik sepanjang menggunakan platform foodpanda.

Terdapat dua kategori pada Panda Champ Awards iaitu Large Chain Restaurant dan Local Champions. Sebanyak 263 restoran telah dipilih untuk anugerah tersebut. Bagi kategori Large Chain Restaurant, 5 pemenang teratas dipilih dari arah Utara, Timur dan Selatan di Malaysia. Manakala bagi kategori Local Champion pula, 3 pemenang teratas telah dipilih mengikut negeri di Malaysia.

foodpanda-large-chain-restaurants

 

foodpanda-local-champions

''Panda Champ Awards ini adalah salah satu insiatif penghargaan kepada kedai-kedai atau restoran yang menjadi rakan kongsi niaga dengan kami. Restoran-restoran ini bekerja rapat dengan kami dengan menyediakan hidangan kepada para pelanggan di seluruh Malaysia. Kami berharap anda dapat memenangi Anugerah Panda Champ ini setiap tahun''. kata Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda.

Semua restoran yang memenangi anugerah ini menerima plak penghargaan atas kemenangan mereka.

Beberapa item utama yang disediakan dari restoran ini termasuk lebih daripada :

  • 14,000 hidangan Cheezy Wedges dari KFC,

  • 3,000 mangkuk Cream of Mushroom soup dari Pizza Hut,

  • 2,000 hidangan Toast Butter & Toast dari OldTown,

  • 10,000 burger dari McDonald's

  • 7,000 cawan Signature Brown Sugar Sugar Milk Tea dari Tealive.