Beliau yang juga merupakan seorang pengguna Xiaomi Mi 9 melaporkan bahawa sesuatu yang aneh berlaku pada skrin perantinya. Ia berlaku selepas beliau menukar “wallpaper” skrin perantinya.
Pengguna tersebut yang dikenali dengan nama “Soroush_Kohan” mengatakan selepas menukar “wallpaper” pada Xiaomi Mi 9 miliknya, tiba-tiba skrin peranti berkenaan menyala dan padam secara automatik.
Menurutnya lagi, skrin perantinya berulangkali menyala dan padam sehingga ia mula bergetar sebanyak dua kali. Selepas itu, timbul “loading skrin” pada perantinya dan diberikan tiga pilihan iaitu “Reboot”, “Wipe Data” dan “contact Mi asisstant”.
Kredit : GizChina
Jika dilihat, “wallpaper” tersebut hanyalah sebuah imej bewarna hitam dan mempunyai lingkaran bingkai bewarna-warni. “Soroush_Kohan” juga tidak menghadapi sebarang masalah ketika memuatnaik “wallpaper” berkenaan dari Google. Namun, ketika menukarkannya menjadi gambar utama peranti, masalah tersebut mula timbul.
Pengguna lain juga mengalami masalah yang sama.
Beberapa pengguna Xiaomi yang lain juga turut mengalami masalah yang sama dan melaporkannya pada ruangan komen status “Soroush_Kohan”.
Seorang pengguna yang dikenali dengan nama NatrapsNaidanacHet telah melaporkan perkara yang sama berlaku ke atas Xiaomi Mi 9T Pro miliknya dan menegaskan kepada pengguna yang lain agar tidak menggunakan imej tersebut sebagai gambar utama peranti.
Seorang pengguna Mi 9SE juga turut mengalami isu yang sama dan perantinya menjalankan MIUI 11 ketika perkara itu berlaku.
Menurut sumber yang sama juga, berkemungkinan masalah itu terjadi disebabkan oleh pepijat yang terdapat pada MIUI.
Sumber : GizChina, Reddit
Berkaitan
- Xiaomi Bakal Membina Kilang Untuk Peranti Mercu 5G
- Apple Mendahului Ranking Pasaran Tablet Pada Suku Ketiga 2019
- Jualan Vivo Di India Meningkat 108% Pada Suku Pertama 2019
- Xiaomi Mi 9 Pro 5G Dijangka Akan Hadir Dengan Skrin Melengkung
- Switch Membuat Program Pertukaran Bateri Iphone Dengan Harga RM199
- Prestasi Kirin 990 Masih Di Belakang A13 Bionic
- Samsung Semakin Menghampiri Xiaomi Dalam Ranking Pasaran Telefon Pintar Di India
- Xiaomi Sahkan Akan Melancarkan Mi Mix Alpha, Telefon Boleh Lipat Pertama Xiaomi?
- Keuntungan Separuh Pertama Huawei Naik 30% Walaupun Alami Sekatan Dari AS
- Xiaomi CC9 Pro Bakal Hadir Dengan Cip Pemprosesan Snapdragon 730G