Beberapa Pengguna PS5 Disekat Disebabkan Individu Lain Guna Akaun Mereka

Terdapat laporan hari ini menyatakan beberapa pengguna PlayStation 5 disekat untuk bermain. Lanjutan daripada isu tersebut, terdapat dakwaan ia berlaku mungkin kerana pengguna membiarkan individu lain bermain permainan PlayStation Plus Collection atas nama mereka.



Sony melancarkan perkhidmatan PlayStation Plus Collection bersama-sama dengan konsol PS5. Pengguna PS Plus juga boleh memuat turun dan memainkan beberapa permainan PS4 klasik di PS5 tanpa caj tambahan.



Namun, pengguna harus mengambil dan menyimpan permainannya di PS5. Disebabkan ini juga, banyak pemain PS4 meminta pertolongan pemilik PS5 untuk mengaktifkan perkhidmatan ini.



Bahkan, perkhidmatan untuk menghidupkan PS Plus Collection ini turut ditawarkan di Taobao. Oleh itu, akaun yang membuatkan perkhidmatan ini dilaporkan disekat oleh Sony dengan sedikit pengecualian.

Walau bagaimanapun, sekatan ini hanyalah sementara dan pemilik akaun ini boleh menggunakannya kembali pada akhir Januari 2021. Dikatakan juga sekatan mengambil masa sekitar 2 hingga 3 bulan.

Sumber: ithome