Mi A2 Lite juga salah satu model yang dikeluarkan dibawah program Android One kini dikhabarkan mula menerima kemaskini Android Pie 9 bagi sesetengah pengguna.
Satu perkongsian gambar telah dibuat di Forum XDA Developers menunjukkan penawaran kemaskini terbabit. Menurut pemilik yang berasal dari Poland itu, beliau tidak menyertai program beta dan meramalkan penawaran secara global akan dibuat tidak lama lagi.
Kemaskini Android Pie 9 bersaiz lebih 1GB itu bakal membawakan ciri-ciri baru untuk peranti seperti FM Radio, penyesuaian bateri dan kecerahan dan lain-lain lagi.
Ketika ini, belum diketahui pasaran mana dan tarikh penawaran secara menyeluruh akan dibuat. Dalam masa yang sama, kemaskini untuk model "abang", Mi A2, pun masih belum kunjung tiba untuk pengguna tempatan.
Sumber: XDA Developers Forum
Berkaitan
- Kemaskini Microsoft Office Untuk Android Tampil Dengan Beberapa Ciri Baru
- Realme C2 Versi 2GB+32GB Akan Mula Ditawarkan Pada Ogos Ini Pada Harga RM399
- Lenovo ThinkPad X1 Fold Kini Di Malaysia, Harga Dari RM10,849
- Sistem Amaran Tsunami Menerusi SMS
- Peranti Android Go Akan Dapat Ciri Mod Malam Dan HDR
- CEO Xiaomi Dan Huawei Saling Berlawan Hujah Tentang Kamera Mana Yang Lebih Baik
- MacBook Pro 15 inci Dengan Cip i9 (2018) Dilaporkan Cepat Panas
- #MWC2019 - ZTE Umum Tiga Model, Axon 10 Pro 5G, Blade V10 Dan Blade V10 Lita
- Miliki Vivo S1 Secara Percuma Melalui Pelan Celcom Platinum Plus
- Pendaftaran PUBG Mobile National Championship 2019 Bakal Diadakan 13 April Ini