Beberapa Pengguna IPhone 7 Melaporkan Mendengar Bunyi Desiran Keluar Dari Peranti Itu





Terkini, beberapa pengguna peranti keluaran terbaru dari Apple melaporkan mendengar bunyi desiran ketika menggunakan telefon pintar itu. Laporan itu di dapati menerusi beberapa akaun Twitter.



Stephen Hackett, penulis blog 512 Pixels merupakan antara yang terawal melaporkan perkara itu. Bunyi bising itu keluar dari bahagian belakang telefon berhampiran dengan logo Apple. Perkara itu disedari Hackett ketika dia sedang dalam proses memulihkan iCloud.



" Semasa sedang digunakan, saya menyedari bunyi yang agak nyaring keluar dari peranti itu. Ia diletakkan di atas meja dan bunyi itu cukup kuat untuk didengari tanpa perlu meletakkan telinga pada belakang telefon." Hackett selepas itu menulis tweet mengenai perkara tersebut, beberapa pengguna lain turut bercerita tentang masalah yang sama.



Ada yang membuat andaian bunyi itu adalah disebabkan dari pemproses terbaru A10 membantu memanjangkan jangka hayat bateri dan disebabkan itu bunyi desiran itu terjadi. Walaubagaimanapun ia masih belum jelas sama ada generasi terbaru iPhone ini bermasalah.



Menurut Rene Ritchie seorang blogger yang membuat liputan mengenai Apple di iMore, beliau menghabiskan beberapa hari untuk mendengar bunyi itu dan membuat perbandingan dengan model terdahulu seperti iPad dan Macbook. "Kesemua model mengeluarkan bunyi yang sama pada tahap yang berbeza." tulis Ritchie. " Tiada apa yang luarbiasa berlaku" jelas beliau.



Hacket memaklumkan perkara tersebut kepada AppleCare. program lanjutan waranti Apple dan syarikat itu berjanji akan menghantar set telefon pintar yang baru.



Sumber: Astro Awani