Beberapa Pengguna AirPods Max Mengalami Masalah Bateri Sangat Teruk

Sejak pelancarannya pada Disember tahun lalu, fon kepala mewah daripada Apple - AirPods Max menerima pelbagai reaksi daripada seluruh dunia.

Manakan tidak, selain rekaan sarung yang pelik, ketiadaan butang kuasa serta harga yang sangat mahal berbanding Sony WF-1000XM4 mahupun jenama audio yang lain.

Bertambah buruk lagi, beberapa pengguna AirPods Max mengalami masalah penurunan bateri yang sangat teruk walaupun dalam keadaan tidak digunakan.

Ada pengguna yang menggunakannya pada 85% bateri hanya 15 minit dan pada keesokan paginya, tinggal 5% sahaja baki bateri.

Kebanyakan pengguna menyatakan bahawa AirPods Max tidak berfungsi dengan baik apabila berada dalam mod penjimatan bateri.



Perkara ini bercanggah daripada kenyataan Apple sebelum ini di mana mereka mengatakan mod penjimatan diaktifkan secara automatik apabila ia dalam keadaan tidak digunakan dalam masa 5 minit.

Malah, dalam keadaan ini juga sepatutnya ia mampu bertahan sehingga tiga hari.

Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung masalah ini akan tetapi ia berkemungkinan disebabkan pepijat pada fon telinga ini.

Walau bagaimanapun, pengguna yang memiliki AirPods Max perlu menunggu maklum balas daripada Apple dalam beberapa hari lagi bagi menyelesaikan masalah ini.

Sumber: macrumors