Manakan tidak, selain rekaan sarung yang pelik, ketiadaan butang kuasa serta harga yang sangat mahal berbanding Sony WF-1000XM4 mahupun jenama audio yang lain.
Bertambah buruk lagi, beberapa pengguna AirPods Max mengalami masalah penurunan bateri yang sangat teruk walaupun dalam keadaan tidak digunakan.
Ada pengguna yang menggunakannya pada 85% bateri hanya 15 minit dan pada keesokan paginya, tinggal 5% sahaja baki bateri.
Kebanyakan pengguna menyatakan bahawa AirPods Max tidak berfungsi dengan baik apabila berada dalam mod penjimatan bateri.
Perkara ini bercanggah daripada kenyataan Apple sebelum ini di mana mereka mengatakan mod penjimatan diaktifkan secara automatik apabila ia dalam keadaan tidak digunakan dalam masa 5 minit.
Malah, dalam keadaan ini juga sepatutnya ia mampu bertahan sehingga tiga hari.
Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung masalah ini akan tetapi ia berkemungkinan disebabkan pepijat pada fon telinga ini.
Walau bagaimanapun, pengguna yang memiliki AirPods Max perlu menunggu maklum balas daripada Apple dalam beberapa hari lagi bagi menyelesaikan masalah ini.
Sumber: macrumors
Berkaitan
- Apple Kongsi Video Macam Mana Aplikasi Menjejak Pengguna
- Apple Pertimbangkan Teknologi Lensa Periskop Untuk Tingkatkan Keupayaan Zoom Optikal iPhone
- Spotify Kini Boleh Digunakan Di Apple Watch Tanpa Perlu Sambungan Telefon
- Kabel Kurang Berkualiti, Apple Akhirnya Patenkan Kabel Dengan Rekaan Lebih Tebal
- Apple - 'Sideloading' Akan Memberi Risiko Buat Pengguna iPhone
- Apple Buat Kejutan, Jual Alat Gantian 'Ori' Dan Boleh Baiki Sendiri Di Rumah
- Ujian Kelajuan Maxis Fiber Berjaya Capai Hampir 10Gbps
- Maxis Mula Tamatkan Rangkaian 3G Di Malaysia, Bermula Di Terengganu
- Apple Menghadapi Kekurangan Cip Kuasa Untuk iPhone 12
- Dalam Tempoh 3 Tahun, Xiaomi Sasar Untuk Kalahkan Apple Dan Samsung