Beberapa Pemilik Apple Watch SE Mengalami Masalah Terlalu Panas

Berdasarkan pos daripada reddit, enam orang pemilik Apple Watch SE dari Korea Selatan melaporkan mengalami masalah dengan terlalu panas.

Kesemua pemilik jam pintar tersebut menyatakan ia menjadi panas seterusnya tidak berfungsi.



Tambahan lagi, terdapat bintikan kuning pada bahagian kanan paparan Apple Watch SE tersebut.



Ada juga yang mengatakan masalah timbul apabila jam itu dicas dan berasa terbakar apabila dipakai pada pergelangan tangan.



Masalah ini kemungkinan berpunca daripada kawasan di atas penyambung paparan iaitu di antara Taptic Engine dan Digital Crown.

Sehubungan dengan itu, 3 daripada pemilik Watch SE sudah menerima bayaran balik daripada pihak Apple. Mereka juga akan berikan maklum balas mengenai isu ini dalam beberapa hari lagi.

Walaupun isu ini agak serius, tetapi ia tidak tersebar luas di negara lain dan nampaknya terhad kepada bilangan kecil model Watch SE di Korea Selatan.

Apple Watch SE dilancarkan bulan lepas bersama-sama Apple Watch 6 dimana ia merupakan jam pintar yang mampu milik walaupun kekurangan beberapa fungsi lain seperti ECG.

Sumber: Macrumors