Kini, lebih banyak pembangun termasuk Spotify, Epic Games, Basecamp, Match Group, Tile, Blix dan Deezer dilihat telah membentuk satu gabungan iaitu Coalition for App Fairness. Berdasarkan tinjauan di laman Coalition for App Fairness, ia menyatakan,
"We believe that every app developer is entitled to fair treatment and that every consumer should have complete control over their own device. Our App Store Principles will ensure a level playing field for platforms like Apple and a consistent standard of conduct across the app ecosystem."
Antara isu yang dibangkitkan adalah tiada kebebasan kepada pengguna serta mengenai Apple yang telah menerima keuntungan lebih $15 bilion setahun daripada 30% komisyen yang dikenakan pada setiap aplikasi.
Seharusnya, Apple perlu memberi pilihan kepada pembangun untuk berkomunikasi secara terus dengan pengguna melalui aplikasi dan tidak sepatutnya kedai aplikasi mengenakan cas yang tidak masuk akal.
Dalam pada itu, Coalition for App Fairness turut mengalu-alukan mana-mana syarikat atau industri tanpa mengira saiz untuk menyertai gabungan itu.
Sumber: Coalition for App Fairness via The Verge
Berkaitan
- Lelaki Tempah 4 iPhone 15 Pro Max, Apple Silap Hantar 61 Unit
- Semua Kedai Jualan Apple Di China Dibuka Kembali
- 3 Model MacBook Dengan Apple Silicon Dijangka Akan Diumumkan Pada 10 November Ini
- Meta Saman Pembangun Aplikasi, Didakwa Curi Lebih 1 Juta Akaun WhatsApp
- Pengguna Disaran Tangguh Kemas Kini WhatsApp Versi Ini
- Pakistan Lancar Aplikasi Pemesejan Seakan WhatsApp
- Cara 'Mute' Video Yang Ingin Dikongsi Pada Aplikasi WhatsApp Untuk Peranti Android
- Apple Dilapor Mahu Jenamakan Semula 'Apple ID'
- Satu Lagi Ciri Baharu Mula Ditawarkan Untuk Pengguna WhatsApp
- Apple Dilapor Tidak Bercadang Tambah Lebih Banyak Iklan Pada iPhone Ketika Ini