Beberapa Model Realme Turun Harga Sempena Lazada Super Retailer Sales 26 Jun Ini

Bersempena dengan Lazada Super Retailer Sales yang akan berlangsung pada 26 Jun ini, Realme Malaysia mengambil kesempatan mengadakan promosi menarik membabitkan sebahagian peranti yang ditawarkan.

Promosi yang bakal dijalankan berupa penurunan harga bagi beberapa model, serta pembelian yang akan disertakan dengan aksesori secara percuma. Antara model yang mendapat penurunan harga paling tinggi adalah Realme 2 Pro, dipotong dari RM250 hingga RM300 mengikut variasi.

Selain itu, bagi model Realme 3, diskaun harga hanya RM20 sahaja tetapi pembelian akan disertakan sekali dengan pembesar suara JBL secara percuma. Satu lagi aksesori yang akan menemani pembeli adalah kad SD berkapasiti 32GB, diberikan secara percuma bagi kedua-dua variasi Realme C2. Potongan harga boleh dilihat dibawah;


























































Model Peranti dan Variasi Harga Lazada Super Retailer (RM) Harga jualan asal (RM)
Realme C1 (2+16GB) RM 349 RM 449
Realme C1 (2+32GB) RM 429 RM 499
Realme 3 (3+32GB) RM 579 (*Free JBL Speaker) RM 599
Realme 3 (4+64GB) RM 699 RM 699
Realme 2 Pro (4+64GB) RM 549 RM 799
Realme 2 Pro (8+128GB) RM 699 RM 999
Realme 3 Pro (4+64GB) RM 899 RM 899
Realme 3 Pro (6+128GB) RM 1099 RM 1099
Realme C2 (2+16GB) RM 429 (*Percuma 32GB SD Card) RM 429
Realme C2 (3+32GB) RM 499 (*Percuma 32GB SD Card) RM 499

*Harga Realme 3 (4GB/64GB) dan Realme 3 Pro masih kekal sama.

Satu lagi berita baik dari Realme iaitu kepada pembeli yang ingin membeli peranti Realme, anda akan mendapat baucaer berjumlah RM 100 jika anda merupakan pembeli terawal, (3 minit selepas pukul 12 a.m. pada 26 Jun) nanti. Namun begitu, bagi peranti Realme 3 Pro tidak berlaku sebarang penurunan harga.



Realme juga sebagai penaja utama, akan membuka booth pada  (TAGCC) yang akan berlangsung di PWTC pada  22 & 23 Jun ini. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk hadir kerana akan berlangsung pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan PUBG dan telefon pintar Realme untuk dimenangi.