Promosi yang bakal dijalankan berupa penurunan harga bagi beberapa model, serta pembelian yang akan disertakan dengan aksesori secara percuma. Antara model yang mendapat penurunan harga paling tinggi adalah Realme 2 Pro, dipotong dari RM250 hingga RM300 mengikut variasi.
Selain itu, bagi model Realme 3, diskaun harga hanya RM20 sahaja tetapi pembelian akan disertakan sekali dengan pembesar suara JBL secara percuma. Satu lagi aksesori yang akan menemani pembeli adalah kad SD berkapasiti 32GB, diberikan secara percuma bagi kedua-dua variasi Realme C2. Potongan harga boleh dilihat dibawah;
Model Peranti dan Variasi | Harga Lazada Super Retailer (RM) | Harga jualan asal (RM) |
Realme C1 (2+16GB) | RM 349 | RM 449 |
Realme C1 (2+32GB) | RM 429 | RM 499 |
Realme 3 (3+32GB) | RM 579 (*Free JBL Speaker) | RM 599 |
Realme 3 (4+64GB) | RM 699 | RM 699 |
Realme 2 Pro (4+64GB) | RM 549 | RM 799 |
Realme 2 Pro (8+128GB) | RM 699 | RM 999 |
Realme 3 Pro (4+64GB) | RM 899 | RM 899 |
Realme 3 Pro (6+128GB) | RM 1099 | RM 1099 |
Realme C2 (2+16GB) | RM 429 (*Percuma 32GB SD Card) | RM 429 |
Realme C2 (3+32GB) | RM 499 (*Percuma 32GB SD Card) | RM 499 |
*Harga Realme 3 (4GB/64GB) dan Realme 3 Pro masih kekal sama.
Satu lagi berita baik dari Realme iaitu kepada pembeli yang ingin membeli peranti Realme, anda akan mendapat baucaer berjumlah RM 100 jika anda merupakan pembeli terawal, (3 minit selepas pukul 12 a.m. pada 26 Jun) nanti. Namun begitu, bagi peranti Realme 3 Pro tidak berlaku sebarang penurunan harga.
Realme juga sebagai penaja utama, akan membuka booth pada (TAGCC) yang akan berlangsung di PWTC pada 22 & 23 Jun ini. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk hadir kerana akan berlangsung pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan PUBG dan telefon pintar Realme untuk dimenangi.
Berkaitan
- Realme Menawarkan Pengurangan Harga Bagi Beberapa Model Di Lazada Pada 12 Julai Ini
- Persoalan Sudah Terjawab, Vivo V17 Pro Dengan 6 Kamera Dilancarkan Di Malaysia 1 Oktober Ini
- Maxis Dan UKM Bekerjasama Untuk Melonjakkan Pembelajaran Digital Di Malaysia
- HONOR 20 Bakal Dipasarkan Di Malaysia Mulai 21 Jun 2019
- Anda Pemilik Mi 9T? Mi Malaysia Beri Peluang Anda Menang Hadiah
- ASUS Malaysia Mengumumkan Beberapa Model Siri ROG Untuk Pasaran Tempatan
- U Mobile Dan Impact Malaysia Bekerjasama Untuk Mempersembahkan Seni Mural
- OPPO Berada Dibelakang Samsung Bagi Penghantaran Peranti Di Malaysia Untuk Suku Pertama 2019
- Digi Dan TM GLOBAL Berkolaborasi Untuk Menyediakan Lebih Pilihan Sambungan Seluruh Malaysia
- Shopee Perkasakan Jenama dan Penjual Malaysia Untuk Manfaatkan Ledakan E-Dagang Sempena 10.10 Brands Festival