Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kuala lumpur

Beberapa Lokasi Di Malaysia Catat Kualiti Udara Tidak Sihat

Diterbitkan April 19, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada semakan terkini di laman rasmi Indeks Kualiti Udara Dunia (Waqi), beberapa lokasi di Malaysia telah ditandakan dengan warna oren yang menandakan, kualiti udara di dalam kawasan itu sebagai tidak sihat.

Antara kawasan yang terjejas dengan kualiti udara tidak sihat itu adalah Petaling Jaya, Kuala lumpur, Bandar Rimbayu dan Tanjung Bungah.

Screenshot 2023-04-19 at 9.36.31 AM

Sebahagian besar lokasi di Malaysia yang ditandakan oleh Waqi sebagai mempunyai kualiti udara sederhana sahaja.

Semalam, 18 April 2023 pihak Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan, 2 kawasan telah mencatatkan status kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Johan Setia, Klang yang merekodkan bacaan kualiti udara tidak sihat setinggi 152 dan Kota Bharu, Kelantan (122).

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka bagi menangani pemcemaran udara semasa cuaca panas dan kering di waktu musim perayaan ini.

Berkaitan

  • Kerajaan Umum Tol Rahmah Percuma Sempena Aidilfitri 2023
  • Hanya Bayar RM50 Untuk Saman PDRM Yang Dikeluarkan Tahun 2022 Dan Sebelumnya
  • Kuota Internet Tambahan Percuma Untuk Pelan Prabayar Sempena Aidilfitri - Fahmi

Sumber: JAS, Waqi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY