Beberapa Imej Samsung Galaxy Note 10 Lite Sudah Mula Tertiris

Baru-baru ini telah muncul di media sosial mengenai paten peranti terbaru keluaran Samsung iaitu Samsung Galaxy Note 10 Lite.

Terbaru, tular di dalam Twitter mengenai beberapa imej yang memperlihatkan rekaan Samsung galaxy Note 10 Lite. Imej tersebut telah dimuatnaik oleh laman pengulas gajet terkenal iaitu Tech Talk TV di akaun Twitter miliknya. Jika dilihat kepada imej tersebut, Samsung Galaxy Note 10 Lite bakal hadir dengan rekaan "punch hole display" seperti Samsung Galaxy Note 10+.

Ia juga mempunyai rekaan kamera seperti Google Pixel 4 dan berkemungkinan akan hadir dengan pengimbas cap jari di dalam skrin kerana tiada pengimbas cap jari fizikal pada rekaan belakang peranti.

https://twitter.com/mr_techtalktv/status/1212029656431333376?s=21
Kredit : Tech Talk TV

Ia juga hadir dengan S-Pen dan menurut beberapa maklumat yang tersebar beberapa hari lalu, berkemungkinan ia dilengkapi dengan sistem Bluetooth 5.1.

Samsung Galaxy Note 10 Lite dijangka hadir dengan cip pemprosesan Exynos 9810 SoC, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Menurut sumber yang sama lagi, ia bakal hadir dengan paparan FHG AMOLED 6.7 inch, bateri berkapasiti 4.500w beserta pengecasan pantas 25w.

Sumber : gsmarena, TechTalkTv