Beberapa Gambar Dari Kamera Google Pixel 4 Sudah Mula Tersebar

Terkenal dengan gelaran "King Of Smartphones Camera" oleh beberapa pengulas gajet, Google Pixel dilihat akan melancarkan peranti terbarunya iaitu Google Pixel 4 pada minggu hadapan di New York. Oleh kerana pelancaran peranti ini bakal berlangsung tidak lama lagi, sebuah laman web teknologi iaitu 9to5Google telah memuatnaik beberapa gambar yang dipercayai hasil dari kamera Google Pixel 4.




Imej Oleh : 9to5Google


Imej di atas menunjukkan hasil dari potrait kamera hadapan Google Pixel 4 dan dilihat subject seperation, depth effect dan sharpness bagi imej ini amat mengagumkan.




Imej Oleh: 9to5Google


Seterusnya ialah imej potrait dengan menggunakan kamera utama Google Pixel 4. Dilihat imej ini juga mempunyai keupayaan yang menakjubkan di mana ia mempunyai warna yang balance tidak terlalu cool atau warm dan ia kelihatan seperti mengambil gambar menggunakkan DSLR. Dari segi depth effect juga amat cemerlang apabila ia mampu mengekalkan bentuk rambut gadis berambut afro tersebut.




Imej Oleh: 9to5Google


Seterusnya ialah bagi gambar biasa di mana Google menunjukkan keupayaan Pixel 4 dalam menghasilkan imej yang mempunyai Dynamic Range yang tinggi. Ia mampu untuk mengekalkan warna subjek walaupun dalam situasi backlight dan seterusnya google juga menunjukkan keupayaan shutter speed peranti ini dengan mampu mengekalkan objek yang bergerak.




Imej Oleh: 9to5Google


Dan yang terakhir, Google juga menunjukkan penambahbaikan "night mode" di mana Pixel 4 mampu menghasilkan imej pada keadaan kurang cahaya dengan mampu mengekalkan sharpness dan mengurangkan noise.

Google Pixel 4 dijangka hadir dengan cipset Snapdragon 855, skrin 5.7 inch bagi Google Pixel 4 dan 6.4 inch bagi Pixel 4XL. Ia juga dijangka hadir dengan 6GB RAM dan bateri berkapasiti 2,800 mAh bagi Pixel 4 dan 3,700 mAh bagi Pixel 4XL. Ia juga dijangka bakal hadir dengan sensor baru pada kamera hadapan yang membolehkan pengguna mengawal peranti dengan menggunakkan hand gesture dan bakal mempunyai 3D Face Unlock seperti Iphone 11.

Dengan tersebarnya imej ini, dijangka ia bakal bersaing dengan siri Iphone 11 yang akan melancarkan fungsi Deep Fusion pada kemaskini ios 13.2 tidak lama lagi.

Sumber: 9to5Google