Beberapa Aplikasi Dikesan Mengutip Data Pengguna Dari Profail Media Sosial

Facebook dan Twitter mengesahkan perkara itu.


Facebook dan Twitter memberi amaran kepada pengguna platfom media sosial mereka tentang sejumlah aplikasi pada peranti pintar yang didapati mengutip data pengguna menerusi profail akaun media sosial mereka.


Aplikasi-aplikasi itu dikesan mengandungi SDK (software development kits) meragukan yang boleh mengakses data privasi pengguna seperti alamat e-mel, nama dan jantina pengguna dari akaun Facebook dan Twitter.

Facebook memaklumkan, setakat ini 2 penyumbang SDK itu iaitu OneAudience da MobiBurn telah dikenakan tindakan ke atas mereka.

"After investigating, we removed the apps from our platform for violating our platform policies and issued cease and desist letters against One Audience and Mobiburn. We plan to notify people whose information we believe was likely shared after they had granted these apps permission to access their profile information like name, email and gender." Facebook.

Walaubagaimanapun, pihak Facebook tidak pula mendedahkan aplikasi yang mengandungi SDK meragukan itu.

Sementara pihak Twitter juga memaklumkan, mereka mengesa kod meragukan dalam aplikasi untuk peranti Android yang mengutip data pengguna mereka. Tetapi isu ini tidak menjejaskan pengguna peranti iOS.

"We have evidence that this SDK was used to access people's personal data for at least some Twitter account holders using Android, however, we have no evidence that the iOS version of this malicious SDK targeted people who use Twitter for iOS." Twitter.

Facebook dan Twitter memberitahu mereka sudah memaklumkan kepada pihak Google dan Apple bagi mengambil tindakan selanjutnya ke atas pembangun dan aplikasi yang terjejas.

Sumber: PCMag