Beats Perkenalkan Model Terbaru Fon Kepala Solo Pro

Berharga USD299.95 (sekitar RM1260.00).


Pengeluar aksesori fon kepala popular, Beats hari ini mengumumkan kehadiran model terbaru fon kepala tanpa wayar Beats Solo Pro. Fon kepala ini menyokong beberapa ciri menarik termasuklah ciri teknologi  pembatalan hingar aktif (ANC), sokongan arahan suara "Hey Siri" dan Google Assistant serta mampu beroperasi sehingga 22 jam setiap kali dicas penuh.

Ia juga dilengkapi dengan cip Apple H1 serta butang kawalan disebelah kanan fon kepala tersebut.

Kapsyen: Dengan hanya 10 minit cas, Beats Solo Pro mampu beroperasi sehingga 3 jam.


Fon kepala Beats Solo Pro boleh didapati dalam 6 warna pilihan iaitu Black, Ivory, Gray, Dark Blue, Light Blue dan Red. Walaubagaimanapun buat masa ini ia hanya ditawarkan untuk pasaran A.S sahaja bermula 30 Oktober ini pada harga USD299.95 (~RM1260).

Untuk info lanjut layari laman muka Solo Pro Beats By Dre.

https://www.youtube.com/watch?v=1_f3RcyYdfA