Bayi Lelaki Dinamakan Razer, Ibu Bapanya Bakal Terima Razer Phone 2 Dari CEO Syarikat Perkomputeran Popular Itu

Akibat terlalu minat dengan jenama perkomputeran popular, Razer, sepasang ibu bapa dari Filipina telah memberikan nama anak mereka sebagai Razer Calix.

Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh CEO syarikat Razer, Min Liang Tan diiringi foto sijil kelahiran bayi tersebut.


Anne, ibu bayi lelaki itu telah menghantar imbasan sijil kelahiran kepada Min Liang sebagai bukti.

Selain mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut atas kelahiran Razer Calix, pengasas jenama popular itu turut berjanji untuk memberikan hadiah istimewa kepada mereka berupa Razer Phone 2.

Nampaknya ia tidak terhenti disitu sahaja kerana terdapat juga komen lain yang menyatakan mahu meletakkan nama anak sebagai Razer. Min Liang juga bertanyakan sama ada beliau akan dijemput untuk majlis baby shower atau tidak.



Anda sedang menunggu kelahiran cahaya mata? Sanggupkah meletakkan nama syarikat popular pada bayi anda?

Sumber foto utama: South China Morning Post