Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Bermula Hari Ini, Boleh Semak Jika Anda Sudah Terima

Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Bermula Hari Ini, Boleh Semak Jika Anda Sudah Terima

Diterbitkan Januari 21, 2021 · Dikemas kini Januari 21, 2021 oleh Meor Hasyim

Pada bulan September lalu, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN (2.0) untuk golongan B40 dan juga M40.

Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Bermula Hari Ini, Boleh Semak Jika Anda Sudah Terima

Bayaran ini dilakukan secara 2 fasa yang mana fasa pertama telah pun dibayar bermula Oktober 2020.

Untuk fasa kedua pula, ia akan mula dibayar bermula hari ini (21 Januari) untuk golongan B40 manakala 25 Januari pula untuk kategori M40.

Bayaran yang diterima adalah dikreditkan terus kepada akaun pengguna namun pengguna juga boleh menyemak mengenai status penerimaan melalui portal rasmi BPN di sini.

Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Bermula Hari Ini, Boleh Semak Jika Anda Sudah Terima

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran dilakukan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai dari 25 Januari 2021.

Untuk penerima di Sabah/Sarawak tanpa akaun bank pula, mereka akan menerima bayaran bermula Februari sehingga 1 April 2021 menerusi lokasi-lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan Januari ini.

Secara ringkasan, untuk fasa kedua, ini adalah bayaran yang akan diterima:

  • B40 bujang sebanyak RM150 – Jumlah keseluruhan RM500
  • B40 isi rumah sebanyak RM300 – Jumlah keseluruhan RM1,100
  • M40 bujang sebanyak RM100 – Jumlah keseluruhan RM300
  • M40 isi rumah sebanyak RM200 – Jumlah keseluruhan RM600

Sementara itu, anda juga kini boleh membuat permohonan baharu atau kemaskini untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang kini sudah pun dibuka melalui laman ini.

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY