Baucar Yang Ditawarkan Untuk Dibelanja Pada Shopee 7.7

Seperti biasa, promosi bulanan hadir lagi pada Julai ini pada 7 hari bulan ini (7 Julai 2022).

Antara promosi yang diadakan adalah seperti berikut:

Free Shipping

Anda boleh mula merebut baucar penghantaran percuma setiap hari dari 12PM hingga 2PM. Dengan baucar ini, anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM7 untuk menggunakannya.

Diskaun 77%

Terdapat dua diskaun di mana satunya ialah 77% coins cashback manakala satu lagi ialah baucar diskaun 77%.



Diskaunnya terhad maksimum RM5 namun tiada perbelanjaan minimum dikenakan.

Spin & Win untuk menang BMW X1

Untuk sertainya, kumpul Golden Ticket dari 20 Jun hingga 7 Julai. Lagi banyak tap untuk Spin setiap hari, lagi tinggi peluang untuk menang. Anda boleh spin 2 kali sehari.

Pemenang akan diumumkan dalam Shopee Live pada 8PM 14 Julai nanti. Seorang pemenang bertuah akan membawa pulang BMW X1.
Untuk dapatkan baucar 1 sen dan cashback 100%, anda boleh bacanya di SINI untuk langkah terperinci. Dalam artikel sama, anda juga boleh ketahui bagaimana untuk 'kerahkan' ShopeePay supaya dapat jimat lebih banyak.

Sumber: Siaran akhbar Involve Asia