Battle Arena Membuka Gelanggang eSukan Terbesar Di Asia Tenggara

Perkembangan eSukan di negara ini berada di tahap memberangsangkan dengan pelbagai organisasi termasuk pusat pengajian tinggi yang menawarkan initiatif kepada peminat eSukan terlibat dengan industri yang semakin meningkat itu.

Malaysia juga mempunyai beberapa nama selebriti eSukan yang dikenali oleh peminat-peminat eSukan di seluruh dunia. Industri eSukan di peringkat global dijangka memberi pulangan sebanyak RM 19 bilion menjelang tahun 2020. Atas sebab inilah, Battle Arena ditubuhkan di negara ini bagi menarik bakat-bakat muda yang ingin mencuba nasib mereka di dalam industri eSukan.



Bertapak di Jaya One, Petaling Jaya, pusat eSukan ini dikatakan antara yang terbesar di rantau Asia Tenggara yang menyajikan pelanggan dengan perkakasan berprestasi tinggi dan ruang bermain yang selesa. Premis ini mempunyai hampir 100 PC berprestasi tinggi, kawasan penstriman dan juga arena untuk tujuan acara eSukan.

Kapsyen: Pasukan Dota 2 Eropah, Team Secret juga hadir semasa upacara perasmian Battle Arena.


Harga yang ditawarkan juga agak kompetitif memandangkan perkakasan yang boleh digunakan untuk pelanggan adalah dari kualiti yang bagus dengan kadar paling murah bermula dari RM 5 setiap jam. Harga juga mengikut zon yang dipilih oleh pelanggan.

Battle Arena Facebook