Bateri Xiaomi Mi A2 Cepat Habis Mungkin Disebabkan Pepijat Pada Pengimbas Cap Jari

Mi A2 sedia dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Ogos yang lalu. Rata-rata peminat memberi pendapat kelemahan utama pada peranti ini adalah kapasiti bateri hanya 3000mAh dan mampu bertahan hanya beberapa jam sahaja.

Terbaru, beberapa pemilik Mi A2 mengadu masalah serius mengenai bateri dimana ia kuasa hanya bertahan sekitar 3 ke 4 jam.

Menggarap laporan daripada Linus Tech Tips, pemilik Mi A2 telah membuat ujian terhadap bateri model tersebut. Hasil ujian mendapati teras pada cip sentiasa beroperasi pada kelajuan maksimum walaupun tiada aktiviti dijalankan pada telefon pintar.

Perkara yang sama turut berlaku kepada pengguna lain dan ada yang menyatakan ia berkaitan dengan pepijat pada pengimbas cap jari.

Cara yang dikatakan mampu menyelesaikan masalah ini adalah dengan menyahaktfikan ciri imbasan cap jari dan restart telefon pintar.

Difahamkan Xiaomi masih belum memberi apa-apa kenyataan mengenai masalah ini.

Sumber: Linus Tech Tips