Bateri Telefon Ni Tahan Lama, Tinggal 5% Tapi Masih Boleh Buat Panggilan Lebih Dari 1 Jam

Pada awal April lalu, OPPO telah pun memperkenalkan model terbaru telefon pintar mampu milik mereka iaitu OPPO A54.

Telefon pintar terbaru ini kaya dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang pastinya mampu memberikan kepuasan kepada penggunannya.

1. Bateri tahan lebih lama


Walaupun bersaiz kompak, A54 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang menjadikan telefon pintar ini mampu bertahan lebih lama.

Walaupun bateri peranti tersebut hanya tinggal 5% sahaja kapasitinya, tetapi anda mampu membuat membuat panggilan telefon selama 91 minit dan bermesej di aplikasi WhatsApp sehingga 85 minit lamanya.

Ketika mengecas pula, pengguna tidak perlu bimbang kerana ia dilengkapi dengan ciri bateri pintar yang memberikan perlindungan tambahan kepada bateri.

 

Sebagai sebuah telefon pintar moden, A54 pastinya menyokong teknologi terkini dalam pengecasan peranti iaitu dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Malah OPPO turut memuatkan ciri pintar yang membolehkan pengecas 18W A54 dioptimasi apabila peranti tersebut dicas di waktu malam di mana algoritmanya secara automatik akan memberhenti dan menyambung semula pengecasan peranti pada waktu tertentu.

2. Storan besar


Kepelbagaian saiz fail yang diterima sepanjang hari tidak akan menjadi isu kepada A54 walau sebesar mana sekalipun fail tersebut.

Tidak kiralah sama ada fail berbentuk dokumen, gambar-gambar, audio mahupun video, storan A54 dengan storan berkapasiti 128GB mampu menyimpannya dengan baik dan lancar untuk anda.



Jika itu juga masih tidak mencukupi, anda masih tidak perlu bimbang kerana A54 menyokong kad storan tambahan.

3. Skrin 6.51"


Saiz paparan A54 pastinya akan mengkagumkan anda kerana pada saiz 6.51", ia memberikan kejelasan yang cukup untuk memuaskan mata anda walau dalam apa keadaan sekalipun.

Tidak kiralah dalam keadaan cerah di bawah matahari mahupun diwaktu malam.

Skrin pintar A54 akan meningkatkan kadar kecerahan secara automatik sehingga 14.5% di bawah sinaran matahari bagi memberikan kejelasan yang lebih kepada anda dan diturunkan secara automatik apabila tibanya waktu malam.

Kapsyen: Mata menjadi lebih selesa memandang skrin A54 dengan ciri pintar yang memudahkan hidup anda.

4. Reka bentuk dengan ciri moden dan premium


Pada harga mampu milik, OPPO tetap memberikan rekaan yang menarik kepada A54. Malah lebih dari itu, A54 memberikan rasa premium apabila anda memegangnya.

Pada saiz kompak dan hanya seberat 192gram, A54 amat selesa dipegang dan anda dapat rasakan kualiti binaannya yang cukup teliti.

A54 ditawarkan dalam 2 varian warna menarik untuk tema hidup aktif anda iaitu Crystal Black dan Starry Blue.

Malah, OPPO juga menaik taraf ciri keselamatan A54 dengan perletakan imbasan cap jari kini berada pada sisi butang kunci peranti serta ciri pengecaman wajah.

Sekaligus membuka kunci peranti tersebut menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.

Kapsyen: A54 menerima pengikitirafan kalis air IPX4 yang amat sesuai untuk diguna dalam apa jua aktiviti yang anda lakukan.

5. Kamera dengan teknologi AI


Sebagai sebuah peranti moden, kamera A54 pastinya dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) sekaligus membantu menambahkan lagi kualiti fotografi yang diambil menerusi peranti tersebut.

Kapsyen: Dengan kamera swafoto 16MP dan teknologi AI, ia menjadikan imej yang diambil kelihatan natural dan asli.

A54 memberikan kualiti dan ciri pada harga lebih nilai.


Pada harga yang mampu dimiliki, OPPO A54 pastinya memberikan ciri dan kualiti sebuah peranti moden yang dimahukan kebanyakkan pengguna.

Dengan kapasiti bateri yang besar serta reka bentuk moden dan kaya dengan ciri-ciri premium, pastinya memberikan anda kepuasan apabila menggunakannya.



Terdapat 2 model A54 ditawarkan di pasaran sekarang iaitu model 4GB RAM dengan storan 64GB yang berharga RM599 dan model A54 dengan RAM 4GB beserta 128GB storan yang hanya berharga RM699.

Pada harga yang cukup kompetetif ini, terdapat pelbagai ciri menarik yang dapat menjadikan hidup anda lebih aktif sepanjang hari.

**Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia.