Bateri Solid State Dibangunkan Oleh Samsung SDI Mungkin Melengkapkan Peranti Elektronik 2 Tahun Lagi

Bulan Ogos hadapan menandakan setahun pelancaran Galaxy Note 7 di pasaran.

Tetapi oleh kesilapan teknikal disebabkan oleh bateri, penjualan model berkenaan telah digantung serta-merta sebulan selepas itu.

Banyak laporan telefon tersebut meletup secara tiba-tiba dilaporkan dan Samsung terpaksa menanggung kerugian sehingga berbilion dollar.

Rentetan dari kejadian yang berlaku, Samsung SDI dan juga pesaing mereka LG Chem dilaporkan telah membangunkan bateri solid state yang mana ia selamat daripada letupan.

Bateri solid state disebut sebagai bateri 'generasi akan datang' yang mana ia akan menggantikan bateri lithium-ion sedia ada.

Bateri ini dikatakan selamat kerana ia diperbuat daripada elektrolit padat dan bukannya elektrolit cair yang dapat mengurangkan risikon letupan.

Bateri lithium-ion berisiko tinggi meletup apabila cecair didalam bateri mengalir keluar dan terdedah kepada udara atau air.
" Bateri ini akan digunakan pada telefon pintar terlebih dahulu dan untuk kenderaan elektrik adalah selepas ujian keselamatan dilakukan sepenuhnya. Mungkin sekitar tahun 2025 ia akan dipasang pada automobil." jelas sumber dari Samsung SDI.

Sumber: Korea Herald, Hardware Zone Malaysia.