Bateri Realme X50 Dikatakan Mampu Bertahan Sehingga 2 Hari

realme X50 merupakan peranti 5G realme seterusnya. Ia akan hadir dengan Snapdragon 765G yang mempunyai modem 5G terbina.

Baru sahaja lagi, pengurus produk realme China, Wang Wei Derek memuat naik satu screenshot dalam laman Weibo dari peranti realme X50. Ia disertakan dengan kapsyen "Selepas satu hari penggunaan".

Gambar tersebut memaparkan bateri peranti tersebut berada pada paras 62%. Namun, tiada maklumat lanjut mengenai cara penggunaan peranti tersebut bagaimana ia mencapai pada paras 62% itu.

Yang pasti, siri Snapdragon 700 sebelum ini dikenali dengan cip jimat tenaga. Jadi semestinya cip terbaru Snapdragon 765G ini sangat efisien sehingga mampu bertahan sehingga 2 hari lamanya.

Sebelum ini peranti telah diacah melalui sebuah poster, yang menunjukkan 4 kamera di belakangnya. Ia dikatakan akan hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisi, dan juga pengecasan pantas VOOC 3.0.

Sumber: Weibo

Berkaitan