Bateri Musk Paling Besar Di Dunia

Ahli perniagaan teknologi, Elon Musk telah berjaya menyiapkan projek pembinaan bateri terbesar di dunia yang akan digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik sekaligus memperoleh lebih dari RM 200 juta atas usahanya.

Sebelum ini, Musk telah membuat perjanjian dengan kerajaan tempatan Australia untuk membina fasiliti bekalan tenaga itu dalam masa 100 hari. Jika dia gagal berbuat demikian, maka fasiliti itu akan dibina dengan percuma tanpa ada sebarang bentuk bayaran kepadanya.

Tarikh akhir yang akan tamat pada 1 Disember ini telah dicapai oleh pasukan Elon Musk dan fasiliti itu akan membantu masalah bekalan elektrik di selatan Australia.



Fasiliti itu akan menggunakan teknologi lithium ion dan akan disambungkan ke ladang kincir angin bagi tujuan pengecasan. Fasiliti itu akan dioperasi oleh firma tenaga Perancis,Neoen dan dijangka akan mula beroperasi setelah proses ujian berjaya.

Sumber