Bateri masa depan?
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Monash dari Melbourne, Australia mendakwa mereka telah berjaya membangunkan bateri lithium sulfur (Li-S) paling efisien di dunia.
Menurut mereka, bateri tersebut mampu menguasakan telefon pintar sehingga 5 hari secara berterusan dengan setiap kali ia dicas penuh. Prestasi bateri itu adalah jauh lebih baik berbanding jenis bateri lithium ion yang digunakan pada peranti-peranti pintar moden ketika ini di mana ia hanya mampu bertahan kurang daripada sehari.
Malah mereka juga mendakwa bateri itu mampu menggerakkan kenderaan elektrik sejauh 1000km dengan hanya sekali cas.
Penyelidik juga menyatakan bahawa proses pembuatan bateri lithium sulfur ini adalah lebih murah, mudah dihasilkan dan lebih mesra alam.
Proses pembuatan bateri lithium sulfur itu telah pun dipatenkan dan prototaip sel bateri tersebut sudah pun dibangunkan oleh German R&D dengan kerjasama Fraunhofer Institute bagi penghasilan material dengan Beam Technology.
Ujian lebih lanjut ke atas bateri ini pula dilakukan di Australia yang telah menerima dana sebanyak AUD2.5 juta dari kerajaan Australia serta dari beberapa industri antarabangsa.
"This approach not only favours high performance metrics and long cycle life, but is also simple and extremely low-cost to manufacture, using water-based processes, and can lead to significant reductions in environmentally hazardous waste," Penyelidik
Sumber: IEEE Spectrum
Berkaitan
- (Ulasan) ASUS Vivobook 16 (M1605) - Laptop Bajet Skrin Besar, Bateri Tahan Lama
- YouTuber Popular Dakwa Bateri Telefon Pintar Samsung Mengembung
- Seorang Jurufoto Dilarang Menaiki Pesawat Di Vietnam Selepas Macbook Pro Miliknya Didapati Terkesan Dengan Isu Bateri
- EV Pertama Dengan Bateri Natrium Bebas Litium Masuk Pasaran Tahun Ini
- Gogoro Umum Bateri Lithium Seramik Solid State Boleh Silih Untuk Kenderaan Elektrik Pertama Di Dunia
- Saintis Hasilkan Bateri Mampu Simpan 4 Kali Lebih Banyak Tenaga Berbanding Litium-ion
- Pengecas Hyper 120W Xiaomi Tidak Menjejaskan Hayat Bateri Peranti - Xiaomi
- Pengguna iPhone Alami Isu Bateri Apabila Memainkan Spotify
- Apple Disaman Lagi Berkaitan Isu Prestasi Dan Pepijat Bateri iPhone
- 2 Aplikasi Android Ini Didapati Menyebabkan Isu Bateri Dan Peranti Terlebih Panas