Baru Beli Peranti Apple Dan Tidak Tahu Buat AppleID? Ikuti 10 Langkah Mudah Ini

Apple adalah sebuah jenama besar yang popular di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa. Bagi pengguna tegar peranti ini pasti mengetahui mengenai kewujudan Apple ID. Setiap kali pembelian iPhone mahupun iPad anda perlu membuat Apple ID dengan cara memasukan email atau nama pengguna dan kata laluan yang akan didaftarkan ke terus ke laman web Apple.

Fungsi Apple ID adalah untuk melindungi telefon pintar anda dan membolehkan anda membeli sebarang muzik dan filem seperti di iTunes. Bagi yang baru menggunakan peranti ini, dan tidak tahu bagaimana untuk mendaftar Apple ID, di sini disertakan cara-caranya.

1. Pergi ke Tetapan

2. Tekan "sign in to your phone" di skrin telefon

Kapsyen: Kredit: www.imore.com


3. Klik pada tiada Apple Id atau "forgot it"

Kapsyen: Kredit: www.howtogeek.com


4. Klik pada "Create Apple ID"

5. Anda perlu memasukkan maklumat yang dikehendaki oleh Apple seperti nama penuh dan tarikh lahir. Klik pada "Next" untuk kehalaman seterusnya.

6. Anda boleh mempunyai dua pilihan sama ada ingin memasukan email sedia ada atau yang baru beserta kata laluan.

Kapsyen: Kredit: www.howtogeek.com


7. Anda perlu memasukkan sekurang-kurangnya 8 atau lebih kata laluan dan mengesahkannya untuk mewujudkan Apple ID yang baru.

Kapsyen: Kredit: www.howtogeek.com


8. Bagi langkah keselamatan yang terakhir, Apple akan meminta anda untuk memasukkan nombor telefon anda. Apple akan menghantar SMS ke peranti anda semasa proses mengesahkan Apple ID yang baru.

9. Seterusnya, anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat Apple, dan sekiranya tidak bersetuju anda tidak akan memperoleh Apple ID yang baru.

Kapsyen: Kredit: www.howtogeek.com


10. Akhir sekali, anda perlu mengesahkan email serta memasukkan kod yang anda terima dan menentukan sama ada anda ingin mengabungkan atau tidak data iCloud anda dengan "Safari", kenalan dan kalendar.

Hanya dengan 10 langkah, anda telah boleh menggunakan Apple ID yang baru. Jadi tidak perlu risau untuk beralih dan menggunakan peranti Apple.

Sumber: howtogeekimore, Apple

 

 

Berkaitan