Barracuda-Beg Pakaian Yang Boleh Dijadikan Pengecas Peranti

Biasanya semasa bercuti atau pergi berjalan jauh pasti kita akan menggunakan bagasi. Tetapi pernahkah anda terfikir memiliki bagasi yang multifungsi dan dalam masa memudahkan anda untuk mengisi barang. Barracuda mempunyai ciri yang fleksibel dan memberikan anda sebuah pengalaman baru.

Kebanyakan bagasi di luar sana, ia tidak boleh dilipat, berbeza dengan Barracuda ia boleh dilipat menjadi kecil serta boleh dimuatkan di ruang seperti bawah katil atau sofa.

Kredit: www.kickstarter.com

Kadang-kadang ada yang terpaksa bekerja atau menghantar sebarang email semasa berada di lapangan terbang, tiada masalah dengan adanya bagasi ini anda hanya perlu buka meja yang ada pada penarik bagasi tersebut dan letakkan laptop anda di situ. Jadi ia memberikan anda keselesaan untuk membuat sesuatu kerja.

Kredit: www.kickstarter.com

Selain itu, anda juga boleh mengecas peranti anda menggunakan bagasi ini. Ia ada menyediakan ruang untuk wayar USB. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya telefon anda tiba-tiba habis bateri.

Kredit; www.kickstarter.com

Anda juga boleh mengesan keberadaan Barracuda walaupun pada jarak yang jauh contohnya semasa menunggu untuk mengambil beg anda di lapangan kapal terbang.

Kredit: www.kickstarter.com

Kemajuan teknologi kini melahirkan pelbagai jenis produk yang memudahkan urusan seharian anda terutama bagasi seperti ini yang boleh anda bawa kemana sahaja terutama semasa bekerja di luar negara.

Sumber: Kickstarter

Marlya Syafikah

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408