Barisan TV OLED LG Dibekalkan Dengan Sokongan NVIDIA G-Sync

LG Electronics (LG) telah bekerjasama dengan NVIDIA bagi merealisasikan impian gamers menjadi kenyataan. Melalui jalinan antara kedua-duanya, sokongan NVIDIA G-SYNC® bagi mendapatkan keserasian yang menakjubkan boleh dinikmati pada  TV LG OLED 2019 (model 65/55E9, model 77/65/55C9).

Produk OLED terbaru keluaran LG ini menawarkan kelajuan yang tinggi, prestasi unggul  dan imej yang berkualiti telah disahkan melalui ujian ke atas NVIDIA G-SYNC sesuai untuk memastikan pengalaman permainan yang lancar dan terbaik tanpa sebarang gangguan. TV ini boleh didapatkan di dalam saiz 55 hingga 77 inci.



 

Dengan kualiti gambar yang luar biasa, dan kadar masa respon yang sangat cepat, TV OLED telah memperoleh reputasi yang baik dalam menyampaikan prestasi permainan yang dioptimumkan. Teknologi TV OLED LG ini juga membawa dan memberi pengalaman mendalam kepada gamers dalam memainkan permainan kegemaran mereka, menggunakan kejituan kawalan pixel untuk menghasilkan imej yang sangat realistik.

Apa yang lebih menarik, model terbaru TV ini menyokong pelbagai format HDR bagi meningkatkan lagi pengalaman permainan tersebut. Bagi meningkatkan pendengaran audio yang baik ketika dalam permainan, TV ini memberi sokongan sinematik audio termasuk Dolby Atmos dan Dolby TrueHD. Dengan pilihan format audio dan video premium yang terbaik, pengguna boleh mendengar dan melihat kandungan seperti yang dimaksudkan.



 

"Ia bukan rahsia lagi jika dikatakan TV OLED ini sesuai dan akan menjadi pilihan gamers di dunia yang membuatkan kami lebih komited untuk mengoptimumkan pengalaman permainan untuk mereka," kata Sam Kim, Naib Presiden Kanan Bahagian Perancangan produk TV di rumah LG.

Gamers akan kagum dengan tindak balas dan visual yang sangat baik di TV apabila bermain permainan PC yang terbaru.