Barisan Telefon Pintar Xiaomi Yang Diramal Hadir Pada Tahun Ini

Saban tahun Xiaomi tampil memperbaharui barisan telefon pintar mereka dengan model berspesifikasi baik disamping harga jualan yang memikat poket.

Tahun lalu kita telah melihat beberapa kejutan dibuat oleh syarikat China ini, pengenalan sub-jenama baru seperti Pocophone, siri Redmi yang dipisahkan daripada jenama Xiaomi dan juga Mi Mix 3 dengan skrin paparan gelongsor.

Bagi 2019 pula, beberapa peranti sudah menjadi bualan diinternet. Berikut merupakan barisan telefon pintar Xiaomi dan sub-jenama dibawahnya bersama spesifikasi ramalan yang digarap dari laman Gizbot.

Perlu diingatkan kepada anda spesifikasi dan imej yang dipaparkan hanyalah ramalan berdasarkan khabar angin.

Redmi Note 7 Pro



Spesifikasi ramalan

  • Skrin IPS LCD 6.3 inci

  • MIUI 10 berasaskan Android Pie 9

  • Snapdragon 675

  • RAM: 3/4/6 GB

  • Storan: 32GB/64GB

  • Kamera swafoto 13MP

  • Bateri 4000mAh


 

Redmi Go



Spesifikasi ramalan

  • Skrin IPS LCD 5.99 inci

  • Kamera belakang 8MP, Kamera swafoto 5MP

  • Bateri 2800mAh


Redmi Pro 2



Spesifikasi ramalan

  • Skrin 6.33 inci FULL HD+

  • Android Pie 9.0

  • Snapdragon 675

  • Bateri 4000mAh


Pocophone F2



Spesifikasi ramalan

  • Skrin IPS LCD 6.3 inci (1080 x 2340)

  • Dwi kamera belakang 16MP+8MP

  • Kamera swafoto 16MP

  • Snapdragon 845

  • Bateri 4100mAh


Xiaomi Mi A3



Spesifikasi ramalan

  • Skrin 6.3 inci Full HD

  • Snapdragon 710

  • Android Pie

  • Storan: 64GB/ 128GB/256GB

  • Dwi kamera 16MP +20MP

  • Kamera swafoto 24MP

  • Dwi sim tanpa slot MikroSD

  • Bateri 4000mAh

  • Port pengecasan pantas USB type C

  • Tiada bicu audio 3.5mm

  • Dwi 4G VoLTE


Xiaomi Mi 9



Spesifikasi ramalan

  • Skrin AMOLED 6.4 inci

  • Dwi kamera 13MP+13MP

  • Kamera swafoto 20MP

  • Bateri 3700mAh


Xiaomi Mi Mix 4



Spesifikasi ramalan

  • Skrin 6.4 inci

  • Snapdragon 855

  • Storan 128GB

  • Dwi kamera 24MP + 8MP

  • Dwi kamera swafoto 16MP +12MP

  • Sokongan rangkaian 5G

  • Android Pie

  • Bateri 3700mAh


Redmi 7



Spesifikasi ramalan

  • Skrin 5.8 inci IPS LCD
    Android Pie 9

  • Snapdragon 710

  • RAM: 3/4/6

  • Storan: Storan: 32GB/64GB

  • Kamera belakang 48MP

  • Kamera swafoto 20MP

  • Bateri 4000mAh


Redmi 7A



Spesifikasi ramalan

  • Skrin 5.84 inci IPS LCD dengan nisbah 19.5:9

  • Snapdragon 632

  • RAM: 3/4GB

  • Storan: 32GB/64GB

  • Kamera swafoto 12MP atau 16MP

  • Bateri 4000mAh


Xiaomi Mi 9 Flex



Spesifikasi ramalan

  • Skrin 6.4 inci Super AMOLED

  • Snapdragon 855

  • Android 9

  • RAM: 6/8GB

  • Storan: 128GB/256GB

  • Dwi kamera utama 48MP+12MP

  • Kamera swafoto 24MP

  • Bateri 3500mAh


Xiaomi Mi Max 4



Spesifikasi ramalan

  • Skrin 7 inci AMOLED

  • Kamera 20MP dengan sokongan AI

  • Storan tambahan sehingga 128GB

  • RAM 6GB

  • Bateri 6500mAh


Xiaomi Foldable Phone



Spesifikasi ramalan

  • Skrin fleksibel 7.8 inci

  • RAM 8GB

  • Storan 256GB

  • Kamera 32MP

  • Bateri 6200mAh


Xiaomi Black Shark Skywalker



Spesifikasi ramalan

  • Snapdragon 855

  • RAM 8GB

  • Android Pie 9


Buat masa sekarang ia hanyalah khabar angin dan untuk itu, sama-sama kita nantikan sama ada ia akan benar-benar ditawarkan atau sebaliknya.

Anda peminat jenama Xiaomi? Apa yang anda harapkan dari pengeluar itu untuk tahun ini?

Sumber: Gizbot