Barisan Produk Ini Dapat Melengkapkan Keperluan Dalam Melakukan Tugasan Seharian Anda

Jika anda ingin membeli sebuah komputer untuk melakukan tugasan harian atau hanya ingin menggunakan sebagai produktiviti diri sendiri, anda mesti  mempunyai keinginan untuk memiliki peranti yang tahan lama, berkuasa dan mudah digunakan.

Menurut Dell, rangkaian perniagaan terbaru keluaran Dell bertujuan untuk membantu pelanggan dalam empat bidang transformasi digital, ia merangkumi Transformasi Aplikasi, Transformasi IT, Transformasi Keselamatan dan Transformasi Tenaga Kerja.

Kini, kita telah memasuki Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Oleh itu, pihak Dell tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan beberapa peranti baru yang khusus direka untuk meningkatkan produktiviti perniagaan mengikut era masa kini.

Dell Latitude 


Dell tampil dengan portfolio PC mudah alih baru iaitu Dell Latitude yang merangkumi siri Latitude 7000, siri 5000 dan 3000 yang bertujuan meningkatkan produktiviti perniagaan.

Antara produktiviti yang terdapat pada Dell Latitude termasuk pengecasan pantas “ExpressCharge”, yang memberikan PC bertahan sehingga 80% bateri dalam tempoh sekitar satu jam. Terdapat juga pilihan untuk “ExpressCharge Boost” dengan menggunakan aksesori tertentu, yang mampu dicas semula 35% dalam 20 minit.

Dalam memberikan kelancaran dan pengalaman yang lebih baik, Dell Latitude hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i5 8265U dan sistem operasi Windows 10 Pro. Ia juga dilengkapi dengan integrasi grafik sehingga Intel UHD 630, memori RAM 8GB dan ruang simpanan 256GB PCIe SSD. Berbanding pemacu SATA SSD, PCIe SSD mempunyai kelajuan read dan write yang lebih pantas.

Selain itu, melalui beberapa siri Latitude yang didatangkan dengan Adaptive Thermal Performance, ia dapat meningkatkan prestasi untuk mengawal suhu yang sewajarnya ketika kerja-kerja berat dilakukan. Teknologi yang ditambahkan kipas dengan menggunakan bilah lebih nipis dipanggil “Liquid Crystal Polymer” dapat memberikan aliran udara yang lebih maksimum bagi mengekalkan suhu persekitaran.



Bagi siri Dell Latitude 3310, ia merupakan peranti bersaiz 13.3 inci dengan engsel 360 darjah. Untuk menjadikan komputer ini lebih versatil dalam memenuhi produktiviti, pelbagai cara untuk bekerja boleh dilakukan termasuk mod komputer riba, media, tent dan tablet.

Tidak semua inovasi setiap peranti berlaku dalam masa yang sama, Latitude 3310 menawarkan port USB 3.1, HDMI dan USB Type-C. Ia turut dimuatkan dengan slot bacaan kad MicroSD, Noble Wedge Lock dan bicu audio 3.5mm.

produk dell tugasan kerja

Seterusnya, Dell Latitude 7200 2-in-1 merupakan peranti bersaiz 12.3 inci dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan, pendiri yang boleh dilipat dan mempunyai sokongan stylus. Melalui keupayaan Modern Standby, sambungan semula kerja boleh dilakukan dengan pantas semasa menghidupkan sistem kerana Wi-Fi masih berjalan seperti biasa.

Sebagai tambahan, peranti ini mempunyai port USB-A 3.1, slot Noble Wedge Lock, serta dua port USB Type-C, di mana satu port digunakan untuk pengecasan bateri dan kedua-duanya menyokong kelajuan pantas Thunderbolt 3. Peranti ini juga mempunyai slot bacaan kad MicroSD dan bicu audio 3.5mm.

Melengkapkan lagi ciri keselamatan pada peranti ini adalah dengan sokongan imbasan cap jari. Dengan pengurangan pantulan sehingga 9%, anda boleh bekerja di luar atau di mana sahaja dengan lebih mudah.

Sudah pasti, dengan rekaan dari aluminium dan magnesium serta papan kekunci aluminium yang kelihatan premium, ia memberikannya gaya moden yang khusus untuk perniagaan.

Dell OptiPlex




Direka khusus bagi menjimatkan ruang pejabat, OptiPlex 7070 Ultra merupakan komputer desktop AiO (all-in-one) yang meletakkan CPU pada bahagian pemegang monitor.

Dengan pilihan pemasangan VESA yang juga tersedia pada Optiplex 7070 Ultra, ia sesuai digunakan bagi kios daftar masuk atau ruang resepsi.

Mempunyai saiz 10.09 inci bagi tinggi, lebar 3.78 inci dan senipis 0.78 inci, ia menjadikan komputer ini hanya mempunyai berat sekitar 0.648kg sahaja. OptiPlex 7070 Ultra dijana Intel Core i5-8365U dengan memori 8GB RAM DDR4, serta integrasi grafik Intel UHD 620 dan ruang simpanan 256GB PCIe SSD.

Selain itu, OptiPlex 7070 Ultra juga hadir dengan beberapa port termasuk port USB-A, USB Type-C, kombo bicu audio, LED, slot K-Lock, dan sambungan Power Adapter.produk dell tugasan kerja

Tidak cukup dengan itu, melalui port USB Type-A dengan Smart Power On, ia penting supaya peranti dapat dihidupkan dengan hanya menggunakan tetikus atau papan kekunci. Kemudian, port USB Type-C yang mempunyai mod DisplayPort Alt pula dapat menyambungkan 3 monitor bagi meningkatkan produktiviti peranti ini.

produk dell tugasan kerja

Bagi mendapatkan barisan produk Dell ini, layari Work From Home Essentials with Dell Technologies. Dengan setiap pembelian, anda akan menerima Lesen Premium Client Security F -Secure selama 1 tahun. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mendapatkannya melalui http://bit.ly/SNSHotlineWhatsApp atau e-mel ke [email protected].

Berkaitan