Barisan Model Terbaru Komputer Riba Huawei Akan Tiba April Ini

Huawei hari ini mengumumkan barisan model terbaru komputer riba yang dinaik taraf dari model terdahulu.

Istimewanya model-model komputer riba ini adalah ia kini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel generasi Ke-11, RAM dinaik taraf sehingga 16GB, skrinpenuh (FullView Display) dengan ratio paparan 91%  dan sambungan WiFi-6.

Kesemua spesifikasi terbaru ini ditawarkan kepada 5 barisan model HUAWEI MateBook 2021 Series iaitu HUAWEI MateBook D 14, HUAWEI MateBook D 15 10 th Edition, HUAWEI MateBook D 15 11 th Edition, HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MateBook X Pro.

 

Huawei memaklumkan, kelima-lima model komputer riba ini  merupakan sebahagian daripada inisiatif strategi “1+8+N” ekosistem Huawei serta sambutan ulang tahun ke-5 HUAWEI PC dalam industri.

Huawei menyatakan bahawa, penekanan ke atas 3 faktor utama telah membolehkan mereka berjaya menempa nama dalam industri perkomputeran iaitu reka bentuk, inovasi dan kepintaran.

Barisan model Huawei MateBook Series 2021 ini akan menjengah pasaran Malaysia bermula 19 April ini.

Anda boleh layari laman rasmi Huawei Malaysia untuk spesifikasi penuh Huawei MateBook Series 2021 ini.