BAPE x Clarks Originals, Akan Datang Tidak Lama Lagi

Tahun 2020 merupakan tahun yang bermakna untuk jenama A Bathing Ape kerana telah berkolaborasi dengan pelbagai jenama hebat. Kolaborasi BAPE yang terbaru adalah dengan syarikat pengeluar kasut, Clarks Originals. Koleksi BAPE x Clarks Originals ini akan datang dan dikeluarkan tidak lama lagi.

[embed]https://www.instagram.com/p/CDbdJrUFk_L/[/embed]

Clarks Originals terkenal dengan budaya jalanan yang menggunakan pertukangan British tradisional serta teknologi kasut yang inovatif. Rekaan asli Clarks seperti but Wallabee dan but Desert masih kekal dihasilkan dengan penyesuaian fesyen dan budaya moden yang terkini.

Gaya asli ini juga sama seperti jenama BAPE yang sudah bertahan selama lebih 27 tahun. Oleh itu, kolaborasi antara dua jenama besar ini tentunya mengeluarkan koleksi yang lain daripada lain. Ia juga bersempena dengan ulang tahun ke-70 model Clarks Desert Boot sejak debutnya pada tahun 1950.



Menampilkan pemain bola sepak England dan Manchester City, Raheem Sterling dalam kempen koleksi ini, setiap kasut direka dengan gabungan gaya klasik dengan streetwear moden.

Model Wallabee direka dengan rekaan camo BAPE di bahagian suede kasut dan dikeluarkan dalam dua variasi warna iaitu merah jambu dan biru muda.



Clarks Desert Boot juga hadir dalam dua warna iaitu Sand Suede dan Oak Suede dengan menampilkan logo dan moto BAPE di seluruh bahagian suede atas kasut.



Koleksi BAPE x Clarks Originals akan dilancarkan pada 8 Ogos di laman web us.bape.com, laman web Clarks serta butik-butik terpilih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Instagram BAPE atau laman web Clarks.

Sumber: BAPE & Hypebeast

Baca lagi: ‘Simpsons x Vans’ Akan Dilancarkan Pada 7 Ogos