Banyak Tertonton Video Bukan-Bukan Di YouTube? Ini Cara Padamkan "Watch History"

Pernahkah anda masuk ke dalam YouTube dengan niat untuk melihat sorotan perlawanan bola sepak, namun sejam kemudian berakhir di video lelaki memakai kostum kucing sedang bermain drum.



Kadang-kadang ada juga video-video pelik yang kita tonton tanpa sengaja (mungkin sengaja bila nampak thumbail pelik) dan memalukan jika diketahui rakan-rakan yang lain.



Untuk pengetahuan anda, YouTube menyimpan senarai video yang telah ditonton dan ini cara untuk memadamkannya.

Pergi ke bahagian Settings dan teruskan ke bahagian History.



Setelah itu paparan akan menunjukkan beberapa bahagian seperti Watch History, Search History dan lain-lain. Untuk lihat senarai video yang telah ditonton, boleh pilih Watch History.



Untuk padam semua video yang ditonton, tekan Clear All Watch History. Jika mahu memadam beberapa video sahaja, tekan ke Manage All Activity.

Sekiranya tidak mahu YouTube menyimpan sejarah tontonan, anda boleh tekan Pause Watch History dan ia boleh diaktifkan semula pada bila-bila masa yang anda mahukan.

Bagi sejarah carian, anda boleh tekan pada Search History dengan diikuti langkah yang sama.

 

Berkaitan